Laman ini masih dalam proses kemas kini kandungan. Soalan sedang disemak dan ditambah dari semasa ke semasa.

Draf — belum disemak peguam

Notis privasi

Notis ini menerangkan cara Pixel & Borders Services (SA0519429-W), pengendali Latihanku, mengendalikan data peribadi mengikut Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (PDPA). Berkuat kuasa: [TODO: tarikh berkuat kuasa].

Ringkasan

  • Semua latihan percuma dan tidak perlu akaun.
  • Tiada akaun untuk kanak-kanak. Hanya ibu bapa atau penjaga boleh mendaftar.
  • Kami tidak simpan nama penuh, nama sekolah atau gambar anak.
  • Tiada iklan dan tiada penjejak pihak ketiga.
  • Anda boleh padam akaun dan semua data anak bila-bila masa.

Data yang kami kumpul

Tanpa akaun:

  • Markah dan jawapan latihan disimpan dalam pelayar anda (localStorage) pada peranti anda sahaja. Kami tidak nampak data ini selagi anda tidak log masuk.
  • Statistik tanpa nama, seperti set dimulakan atau disemak, melalui Cloudflare Web Analytics dan Workers Analytics Engine. Statistik ini tidak dipautkan kepada nama atau e-mel anda.

Jika anda log masuk dengan Google

  • E-mel dan nama daripada akaun Google ibu bapa atau penjaga.
  • Profil anak: nama panggilan dan tahun persekolahan sahaja. Tiada nama penuh, sekolah atau gambar.
  • Markah, jawapan dan masa menjawab bagi setiap set, dipautkan kepada profil anak, supaya anda boleh lihat kemajuan dan topik yang lemah.
  • Sesi log masuk melalui kuki sesi yang diperlukan untuk laman berfungsi.
  • Markah dalam pelayar anda disalin ke akaun selepas anda log masuk.

Newsletter

Jika anda melanggan, kami simpan e-mel anda, laman asal, tahun yang diminati dan status langganan. Kotak persetujuan tidak ditanda lebih awal. Persetujuan anda direkod (jenis, versi notis dan masa) sebagai bukti.

Anda boleh berhenti melanggan bila-bila masa melalui pautan dalam setiap e-mel atau dengan menghubungi kami.

Tujuan penggunaan

Kami tidak jual data anda. Latihanku ialah laman percuma sepenuhnya, tanpa jualan atau perkhidmatan berbayar. Kami tidak menggunakan data anak untuk iklan pihak ketiga.

  • Menyimpan dan menunjukkan kemajuan anak.
  • Mengenal pasti soalan dan topik yang sukar supaya kami boleh memperbaiki kandungan.
  • Menghantar newsletter, jika anda bersetuju.
  • Menjaga keselamatan laman (Cloudflare Turnstile pada log masuk dan borang) dan menghalang penyalahgunaan.
  • Menjawab pertanyaan anda.

Pihak yang memproses data

Pemprosesan oleh penyedia ini mungkin berlaku di luar Malaysia. [TODO: sahkan lokasi pemprosesan dan asas pemindahan data rentas sempadan bawah PDPA, semak dengan peguam.]

  • Cloudflare, untuk hosting, pangkalan data, keselamatan (Turnstile) dan analitik.
  • Google, hanya untuk log masuk.
  • Penyedia e-mel pihak ketiga, untuk menghantar e-mel seperti newsletter. [TODO: nama penyedia e-mel, belum dimuktamadkan]

Tempoh simpanan

  • Data akaun dan anak: disimpan selagi akaun aktif, dan [TODO: tempoh simpanan data akaun selepas akaun tidak aktif].
  • E-mel newsletter: [TODO: tempoh simpanan e-mel langganan selepas berhenti melanggan].
  • Rekod persetujuan: [TODO: tempoh simpanan rekod persetujuan].
  • Selepas pemadaman, data dikeluarkan daripada salinan sandaran dalam [TODO: tempoh data dipadam daripada salinan sandaran].

Hak anda

Anda berhak untuk:

  • Meminta akses kepada data peribadi anda.
  • Meminta pembetulan data yang tidak tepat.
  • Menarik balik persetujuan, termasuk berhenti melanggan newsletter.
  • Memadam akaun dan semua data anak. Anda boleh buat ini sendiri daripada halaman akaun, atau hubungi kami.

Keselamatan

Sambungan dilindungi HTTPS dan kuki sesi ditetapkan HttpOnly dan Secure. Tiada data peribadi diletakkan dalam URL. Tiada sistem selamat sepenuhnya; jika berlaku pelanggaran data, kami akan bertindak mengikut keperluan undang-undang. [TODO: peguam sahkan kewajipan pemakluman pelanggaran data.]

Kanak-kanak

Laman ini ditujukan kepada ibu bapa dan penjaga. Murid boleh menjawab latihan tanpa akaun. Kami tidak benarkan kanak-kanak mendaftar akaun sendiri.

Perubahan notis

Jika notis ini berubah, kami akan kemas kini tarikh dan versi di halaman ini. Kami akan minta persetujuan baharu jika undang-undang memerlukannya.

Hubungi kami

  • Pixel & Borders Services (SA0519429-W)
  • E-mel: [TODO: e-mel hubungan]
  • Alamat: [TODO: alamat berdaftar syarikat]
  • Telefon: [TODO: nombor telefon, jika ada]
  • Pegawai berkenaan data: [TODO: nama atau jawatan pegawai perlindungan data]