Draf — belum disemak peguam
Tentang Latihanku
Latihanku ialah laman latihan Matematik percuma untuk ibu bapa murid Tahun 1 hingga Tahun 3.
Apa itu Latihanku
Latihan untuk Tahun 1 hingga Tahun 3 yang boleh dijawab terus di telefon atau dicetak. Setiap soalan ada jawapan dan penerangan. Tidak perlu daftar akaun.
Jika ibu bapa mahu simpan kemajuan anak, log masuk dengan Google dan tambah profil anak (nama panggilan dan tahun sahaja). Markah yang sudah ada dalam pelayar akan disalin ke akaun.
Cara soalan disediakan
Soalan ditulis oleh Pixel & Borders Services mengikut sempadan DSKP KSSR (Semakan 2017), dan setiap soalan ditag kepada standard pembelajaran DSKP. Tiada soalan, gambar atau teks disalin daripada buku teks atau laman lain.
Penyemak soalan: [TODO: nama atau butiran cikgu penyemak, belum ditetapkan]
Siapa di sebalik laman ini
Latihanku dikendalikan oleh Pixel & Borders Services (SA0519429-W). Semua latihan percuma sepenuhnya, tanpa jualan.
Latihanku tidak berkaitan dengan dan tidak disahkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia, sekolah atau penerbit buku teks.
Komitmen kami
- Percuma, tanpa iklan.
- Tiada penjejak pihak ketiga.
- Tiada akaun kanak-kanak dan tiada data peribadi anak selain nama panggilan dan tahun.
- Anda boleh padam akaun dan semua data anak bila-bila masa.
Hubungi kami
Jumpa ralat atau ada cadangan? E-mel: [TODO: e-mel hubungan]
Lihat juga SkorUASA untuk tahap persekolahan lain.